Sunday, 4 February 2018

PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

BAHASA SYARAK: Jalan ke arah sumber air atau memberi makna jalan yang lurus.
ISTILAH: Merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah saw.
Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia.
  Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia.
  Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

Rabbaniah (Ketuhanan)

Prinsip ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT.
Alam yang terbentang luas ini mengandungi segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT.
Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah SWT. Kita sebagai khalifah yang tertakluk kepada peraturan alam milik-Nya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagungan-Nya.
Inilah keyakinan yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Mempertikaikan sistem Islam bermakna kita meragui sistem yang datang daripada Allah.
Demikian juga dengan sistem ekonomi Islam. Ia lahir melalui wahyu Allah iaitu Al-Quran dan sunnah Nabi saw. Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Kaya dengan segala kekuasaan, maka sebarang sistem yang datang daripada-Nya juga adalah yang terbaik.
Antara prinsip-prinsip ekonomi Islam ialah rabbaniah. Ia bermaksud bahawa ekonomi Islam berkait rapat dengan ketuhanan atau ilahiah bukan hanya berlandaskan kepentingan material.
Segala kandungannya meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia.
Ini dapat dilihat dalam Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Tidaklah mereka memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan menguncapkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya di udara selain Yang Maha Pengasih. Sesungguhnya Dia Yang Maha Melihat segala sesuatu. “
                                                                                                                             (Surah Al-Mulk 67:19)

Wasatiah (Keserdehanaan)

Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan.
Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardhu hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit.
Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara. Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan.
Kesederhanaan yang diamalkan di dalam Islam adalah  bermatlamat untuk mencari kebenaran atau Al-Haq. Dalam  menuju ke arah kebenaran pastinya akal semata-mata tidak  mampu untuk memimpin manusia mencapai kebenaran yang  mutlak. Roh kesederhanaan dalam Islam ditiup oleh Al-Quran  yang merupakan wahyu Ilahi untuk mengimbangi di antara  kehendak manusia dan agama.
Sederhana bermaksud tidak keterlaluan dan berlebihan dari segala aspek, khususnya yang melibatkan perbelanjaan dan gaya hidup. Sebagai contoh, sederhana dalam berpakaian mestilah sesuai dengan keperluan kerja atau bersantai dengan matlamat untuk menutup dan menjaga aurat.
Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam agama, membantah ajaran-ajaran penyeksaan diri demi agama. Ini dibuktikan dengan kebenaran memakan makanan yang lazat-lazat dan memakai perhiasan, asal tidak berlebih-lebihan dan tidak bersikap sombong.

Tawazun (Keseimbangan)

Tawazun bermaksud ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada semua aspek kehidupan manusia, iaitu individu dan masyarakat, rohani dan jasmani, kebendaan dan kerohanian serta dunia dan akhirat. Islam tidak membenarkan umatnya mementingkan diri sehingga mengabaikan kepentingan masyarakat dan begitu juga sebaliknya. Islam juga tidak menggalakan umatnya mementingkan aspek kerohanian semata-mata sehingga mengabaikan aspek jasmani atau kebendaan dan begitu juga sebaliknya.
Contohnya:
Seseorang tidak dibenarkan beribadat sepanjang masa sehingga mengabaikan kesihatan tubuh badan atau keperluan untuk mencari rezeki yang halal.
Begitu juga sebaliknya, umat Islam tidak dibenarkan mencari rezeki sehingga mengabaikan kepentingan beribadat kepada Allah SWT.
Keseimbangan dalam syariat bermaksud keperluan manusia di dunia dan di akhirat seimbang dari segala aspek kehidupan.
Contohnya:
Manusia diminta untuk mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga.
Keseimbangan yang dimaksudkan dalam sains, teknologi dan kejuruteraan menurut islam ialah setiap kemajuan sainstis, teknokrat dan jurutera perlulah seimbang dalam usaha menyediakan keperluan manusia dan masyarakat.

Mizan (Kesetaraan)

Merupakan kaedah manusia diukur dari perbuatan baik dan mungkarnya.
Dalam sebuah sistem kejuruteraan , prinsip mizan membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu itu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem keseimbangan yang diperlukan untuk mengekalkan di dalam kedudukan tersebut.
Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan perlu ditimbang agar hukum-hakam tidak menjadi korban atas nama penyelidikan dan pembangunan. Setiap perkara yang dilakukan hendaklah mengambil kira item-item yang digunakan itu benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.
Dari segi sumbangan cerdik pandai slam kepada perkembangan teknologi dan kejuruteraan, sejarah telah membuktikan sumbangan yang besar telah mereka curahkan dan kesannya masih lagi dirasai hingga ke hari ini.
Contoh:
Mesin mengangkut air yang pertama digunakan di Mesir dan Syiria dan dipanggil Shaduf. Alat ini mudah dan murah dan masih digunakan hingga ke hari ini di Mesir.

Thabat dan Murunah (Tetap dan Anjal)

Al-thabat bermaksud ‘tetap, mantap, tegak dan tidak berganjak’, manakala al murunah pula bermaksud ‘lembut, boleh dilentur menerima perubahan, dan boleh disesuaikan’. Islam ialah agama yang tegas tetapi lembut pada waktu yang sama. Tegas dan tegap di dalam prinsip asal dan hukum-hakam qat’ie, tetapi lembut di dalam hukum-hakam far’ie (cabang). Misalnya, sifat tegas tentang urusan -urusan akidah atau ibadat, kepercayaan kepada Allah SWT yang Maha Esa, Maha Berkuasa, dan Maha Bijaksana.
Namun, dalam ketegasan tersebut wujud juga unsur-unsur murunah. Misalnya, orang bisu boleh mengucap syahadah dengan menggunakan isyarat sahaja, boleh duduk ketika bersolat jika uzur, sembahyang boleh diqasarkan atau dijamakkan jika dalam musafir, boleh meninggalkan atau menangguhkan puasa jika dalam musafir atau sakit dan lain-lain
Al-Thabat dan al-Murunah menggambarkan kesesuaian Islam dengan tabiat manusia sejak Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad SAW. Tujuan manusia dicipta atau keperluan tidak berubah.

3.1 PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

PERANAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

PERANAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Pengertian Syariah
·        Pengertian syariah dari sudut bahasa berasal dari perkataan syarak yang memberi maksud ke arah sumber air / ke jalan yang lurus.
·        Syariah dibandingkan dengan sumber air kerana air merupakan sumber yang penting yang diperlukan oleh setiap manusia untuk terus hidup. Begitulah juga, dengan syariah Islam yang diperlukan oleh setiap manusia untuk menjadi panduan dan nadi dalam hidup manusia.
·        Pengertian syariah Islam dari segi istilah ialah bermaksud hukum yang telah ditetapkan oleh Allah swt melalui rasulNya untuk hambanya supaya mereka mentaati segala hukum dan peraturan yang telah ditetapkan olehNya.
Antara peranan syariah untuk menjaga enam perkara asas yang menjadi tunjang bagi kesejahteraan & keamanan seluruh umat manusia:
1.  Membawa manusia kepada mentauhidkan Allah swt (Memelihara agama)
-Peranan utama syariah Islam adalah untuk memelihara nilai agama serta perlaksaannya. Sebarang elemen yang boleh mengugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlaku. Andai kata sudah berlaku maka, hukuman yang sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan akan dilaksanakan. Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan mengambil kira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama. Syariat Islam menetapkan sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan kebaikan kepada memelihara agama . Pembinaan bangunan yang dilengkapi dengan kecanggihan peralatannya menjadikan manusia insaf tentang keangungan Allah swt dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat. Untuk menyelamatkan agama, maka hukum keluar dari Islam adalah termasuk jenayah hudud.

2.  Membentuk Muslim sejati dalam kehidupan (Memelihara maruah)
-Syariat Islam menentapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia. Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengambil kira kepentingan maruah umat. Tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang perosakkan dan pemusnahan yang besar atas nama pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lesen untuk merobek maruah manusia aytau maruah agama. Kerosakkan dan kefasadan yang melanda ala mini adalah antaranya punca daripada kealpaan para saintis, teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia. Lantaran itu, hukum-hakam dalam syariat Islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan maruah seseorang.

3.  Membawa manusia kepada memelihara nyawa
-Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah. Nyawa tidak diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh, hokum bunuh boleh dikenakan ke atas pembunuh dibawah kes qisas (al-an’am 151). Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama, mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia. Pensyariatan hokum dalam Islam mengambil kira keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hokum-hukum pencegahan. Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh yawa manusia. Contohnya, Segala bahan kimia yang boleh membunuh dan merosakkan diri manusia. Seterusnya, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya, dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat nayawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah akan menyihatkan nyawa manusia.

4.  Memelihara akal dengan membawa manusia kepada kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat
-Akal merupakan anugerah utama bagi komponen tubuh badan manusia. Kemampuannya tiada tolak tandingannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara maksima menyamai kemampuan ribuan computer riba yang diletakkan memenuhi padang bola sepak. Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan, minuman dan riadah manusia. Islam melarang segala perubatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan, pil-pil yang mengkhayalkan dan bahan bacaan yang merosakkan ketajaman minda. Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas menuntut penjagaan pada tubuh badan bagi memelihara kecerdasan minda. Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan keselamatan akal adalah haram di sisi syariat Islam.

5.  Melahirkan masyarakat yang harmoni dan seimbang (Memelihara keturunan)
-Syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang boleh merosakkan keturunan sama ada secara langsung atau tidak seperti:
a)    Liwat
b)    Istimna’-Onani
c)    Musahaqah- Lesbian
d)    Mendedahkan aurat
e)     Berdua-duaan lelaki dan wanita
f)      Zina/ tuduhan melakukan zina
g)    Bercakap/menunjukkan aksi lucah
h)   Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
i)      Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
j)      Melihat atau menontot atau menayangkan atau melakonkan atau mengarahkan benda yang haram seperti aurat wanita.
    Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes-kes hudud atau ta’zir . Justeru itu, Islam mensyariatkan pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara keturunan manusia. Justeru itu, Islam mensyariatkan pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara keturunan manusia.
6.  Menegakkan dan menjadikan panduan dalam pembangunan teknologi (Memelihara Harta)

-Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir, dan menspekulasi pasaran modal. Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul mempunyai hak untuk terus mendapat keberkatannya. Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalnya. Matlamat mnjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan ke arah itu. Hukuman Islam hudud seperti potong tangan bagi yang mencuri dan ta’zir menunjukkan syariat Islam memandang serius jenayah ini. Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kematian dianggap mati syahid akhirat.

PELAKSANAAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN

Pelaksanaan Syariah Islamiah dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Penerapan syariah islam membawa manusia untuk lebih mengenali Allah SWT. Jika berlaku pencampuran antara halal dan haram sesuatu perkara itu, maka hukumnya adalah haram. Pencampuran sesuatu yang halal dengan yang haram dalam pelaksanaan sesuatu produk atau apa apa juga bentuk penghasilan tidak boleh berlaku kerana segala kaedah yang digunakan hendaklah bersandarkan kepada syariat islam walaupun untuk tujuan kemajuan dan pembangunan.

1  Mengutamakan yang utama
Islam menjadikan awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara supaya sempurna dan baik. Dalam hal ini , maksud yang ingin disampaikan mengenai mengutamakan perkara yang utama ialah seseorang perlulah menjadikan sesuatu keutamaan itu sebagai perkara yang perlu didahulukan berbanding dengan keperluan. Oleh hal demikian , dapat dijelaskan tugas seorang doktor adalah mengelakan susuatu kemudaratan demi mencari kemaslahatan adelah sangat diutamakan. Hal ini kerana, dengan mendahulukan sesuatu perkara yang wajid seperti solat adelah lebih utama daripada perkara yang tidak atau kurang penting yang sedang dilaksanakan pada ketika itu. Islam mengajar umatnya agar mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daripada mendahulukan kepentingan individu itu sendiri. Kepentingan ramai adalah wajar didahulukan pada masa kini berbanding dengan kepentingan individu.
Sebarang kegiatan dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan perlulah memberikan keutamaan kepasa memelihara peranan syariah dalam sains dan teknologi. Para sainstis, teknokrat dan jurutera seharusnya meletakkan keutamaan untuk memakmurkan alam daripada mencari keuntungan dan harta. Sains, teknologi dan kejuruteraan hanyalah sebagai alat untuk mencari keredaan Allah SWT, iaitu satu bentuk ibadah dan pengabdian yang mempunyai fungsi dari aspek rohani dan sosialnya justeru, sainstis terdidik dengan roh islam akan menjadi kajian kajian saintifiknya sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepada pencipta. Jika hasil penemuaan atau kajiannya tidak menjurus ke arah pengabdian diri kepada Allah SWT serta tidak memihak kepada kebenaran, maka para sainstis hanya lah sebagai ejen perosak masyarakat, agama, Negara dan alam.
2  Matlamat tidak menghalalkan cara
Islam mengakui tentang keperluan untuk membuat kajian terhadap alam dan setiap kejadian dan penciptaan oleh Allah SWT. Manusia dibenarkan untuk meneroka daratan, lautan dan ruang udara bagi tujuan pengimarahan alam. Segala ciptaan dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi dankejuruteraan ialah bukti kehebatan akal manusia demi keperluan dan kemaslahatan hidup manusia. Namun begitu, Syariat menegaskan bahawa setiap operasi untuk menghasilkan ciptaan dan rekaan hendaklah menghormati peraturan dan etika islam. 
Dalam pengklonan manusia secara parthenogenesis, kaedah-kaedah tersebut adalah haram menurut hukum fiqah kerana bercanggah dengan fitrah yang Allah SWT ciptakan. Penggunaan sel stem bagi tujuan perubatan dan kajian yang diambil bukan daripada pengklonan adalah harus selagi tiak bercanggah dengan hukum syarak.
3  Melaksanakan kajian menepati syariat
Pelaksanaan syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan mengutamakan nilai keagamaan yang lebih fokus kepada etika dan adab dalam usaha membangunkan alam. Peraturan dan hukum yang melibatkan halal, haram, sunat, harus dan makruh serta syubahat hendaklah menjadi asas rujukan dalam pelaksaan setiap proses kerja dan aktiviti dalam mencapai sesebuah kemajuan dan pembangunan Negara.
Sebarang ciptaan, penemuan, kajian dan penyelidikan sewajarnya mengambil kira tentang kepentingan prinsip dan etika syariat islam. Sesuatu proses kerja ataupun aktiviti yang hendak dibangunkan perlu melihat kepentingan prinsip syariat islam. Setiap hukum perlu diseimbangkan untuk menjalankan aktiviti atau kajian serta penyelidikan supaya tidak melanggar batas dan etika islam.
4  Mencegah lebih baik daripada mengubati
Syariat islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam pelaksanaan sesuatu pekerjaan. Prinsip pencegahan yang diminta oleh syariat islam adalah untuk menolak dan mengelak berlakunya kerosakan. Islam mengharamkan perbuatan mendekati zina. Larangan perbuatan yang boleh membawa zina inilah yang dianggap sebagai langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada berlakunya perbuatan zina yang seterusnya menjadi punca lahirnya anak luar nikah.
Penggunaan aplikasi dalam teknologi maklumat telah berleluasa dan berkembang pesat. Pengurusan maklumat perniagaan contohnya, maklumat ialah segala-galanya sehingga timbul teori Competitive Intelligence. Menekankan kepentingan maklumat untuk tujuan persaingan meskipun secara tidak halal. Perkara ini perlulah dicegah dari awal agar persaingan yang tidak halal dalam perniagaan ini tidak wujud.
Islam meletakkan keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT sebagai matlamat dan dasar dalam setiap aktiviti termasuklah mengenai pengurusan maklumat. Pelbagai bentuk maklumat atau berita yang berunsur fitnah dan tidak benar terdapat dalam maklumat dan secara tidak langsung akan mempengaruhi orang yang membacanya. Prinsip mencegah sewajarnya menjadi elemen utama para saintis teknokrat dan jurutera melaksanakan tugas mereka.

5  Akidah diutamakan, syariat didahulukan
Akidah merupakan tunjang bagi terbentuknya insan terbaik di sisi Allah SWT. Syariah ialah peraturan Allah SWT untuk dijadikan panduan hidup bagi mengundang rahmat dan berkat. Integrasi Pelaksaan akidah dan syariat akan melahirkan keadaan yang harmoni bagi pembnagunan modal insan dan pembangunan Negara. Pelaksanaan aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan haruslah mendahulukan keperluan akidah sebagai teras pengurusan dan segala bentuk penyelidikan. 

PEGERTIAN : Prinsip Etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Prinsip Etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Pengertian etika dan akhlak

1. Etika
    Ilmu yang berkenaan dengan dasar-dasar akhlak atau moral, prinsip moral, atau nilai-nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pengangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain)

2. Akhlak
    Akhlak merupakan ilmu yang mngatur tatacara hubungan manusia sesama manusia, hubungan manusia dengan pencipta dan juga hubungan manusia dengan alam dengan hubungan yang baik. Akhlak dalam Islam mempunyai hubungan langsung dengan akidah dan syariah. Rasulullah s.a.w diutuskan untuk membentuk akhlak terpuji dikalangan manusia.

Hubungan antara akhlak dan etika

Etika dan akhlak adalah dua perkara yang sama kerana kedua-duannya membincangkan perkara yang sama iaitu tatacara perilaku seseorang membina hubungan sesama insan dan juga makhluk lain. Walau bagaimana pun terdapat perbezaan antara kedua-duanya iaitu pada sumber dan nilai yang menjadi dasar utama, akhlak dasarnya berteraskan ajaran Al -Quran dan Sunnah manakala etika berteraskan pemikiran yang diwarisi daripada Yunani serta pemikiran atau fahaman yang tertentu. Akhlak berhubungkait dengan balasan pahala dan dosa disisi Allah SWT.

Surah An-nisa,ayat 59

يَا أَيُّهَا الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Surat Al-Hadid Ayat 25

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ ۖ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ ۚ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. 

Prinsip-prinsip asas etika dalam islam 

Akidah dan keimanan
Akidah dan keimanan merupakan asas hubungan manusia dengan pencipta.
Nilai keimanan menjadi asas dalam etika Islam.
Matlamat dalam setiap sesuatu di atas dasar Ubudiah kepada Allah SWT.
Syariah
Syariah merupakan sistem dan tatacara yang ditetapkan oleh syara'.
Syariah merupakan asas untuk melengkapkan diri sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi. 
Akhlak 
Asas yang menentukan baik buruk sesuatu atau tingkah laku.
Pengukur kesan tindakan ke atas manusia dan alam. 
Ilmu
Ilmu adalah neraca pertimbangan untuk mengetahui sesuatu itu halal atau haram.
Berdasarkan ilmu dapat menaikkan martabat saintis dan tenokrat. 

Kepentingan etika islam dalam sains dan teknologi.

Nilai syariah dalam sains dan teknologi.
1. Hubungan erat amalan beretika dan Islam
Islam merupakan agama yang syumul, lantas aspek kehidupan manusia tidak    dijuzuk-      juzukkan atau dipisahkan-pisahkan. Hukum-hukum syariah bukan sahaja mempunyai nilai
dari segi perundangan, tetapi juga bermatlamatkan pembentukan akhlak dan sahsiah.  
Sebagai contoh, pengharaman arak atau melakukan zina matlamatnya memelihara kesejahteraan dan mencegah kemusnahan di peringkat individu, keluarga dan juga masyarakat secara umumnya.  

2. Pertimbangan nilai syariah dalam membuat segala keputusan dalam penemuan sains dan teknologi 
Wajib : Setiap perintah yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu muslim, ianya akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT begitu juga sebaliknya. Contohnya ibadat solat lima waktu.
Sunat : Sesuatu yang baik dan dianjurkan oleh Islam dan mendapat pahala bagi yang melakukannya. Contohnya, Penciptaan peralatan moden dalam sains dan teknologi dalam memberi kemudahan kepada manusia.
Harus : Amalan yang setara nilainya, tidak berdosa ditinggalkan dan tidak pula diberi pahala apabila dilakukannya.
Makruh : Sesuatu yang kurang baik dilakukan, meninggalkannya akan diberi pahala dan tidak berdosa melakukannya. Contohnya, Memakan makanan yang berbau.
Haram : Sesuatu yang dilarang secara qat,i di dalam Al-quran dan As-Sunnah, melakukannya adalah dosa dan akan mendapat hukuman jika seseorang individu tersebut bertaubat kepada Allah SWT. 

Etika saintis dan tenokrat muslim
  
1. Keimanan kepada Allah SWT
Iman adalah teras kepada semua jenis amalan dalam Islam. Seorang ahli sains perlu    mempunyai keimanan serta keyakinan yang kukuh kepada Allah dan sentiasa memohon bantuan daripadaNya.

2. Kepatuhan kepada syariah dan etika kerja Islam
Kepatuhan kepada peraturan Allah dijadiakan asas penting kepada etika kerjanya sekalipun berlawanan dengan tuntutan keinginan manusia kerana sains tidak boleh bersifat neutral dan bebas.

3. Mementingkan aspek kemanusiaan dan ihsan 
Para saintis adalah khalifah Allah di bumi. Mereka bertanggungjawab untuk membawa kemakmuran dan menjaga keharmonian.

Kesimpulan ringkas ciri-ciri saintis dan teknokrat muslim seperti berikut: 

1. Bersifat luhur serta tunduk dan patuh kepada Allah SWT.
2. Yakin bahawa tiada sesuatu yang berlaku melainkan dengan izin Allah SWT.
3. Niat yang ikhlas iaitu melakukan sesuatu semata pengabdian kepada Allah.
4. Ihsan dalam melakukan sesuatu tindakan.
5. Melakukan setiap pekerjaan dengan penuh tekun dan bersungguh.
6. Tidak melakukan kerosakan dalam membangunkan teknologi. 
7. Bertanggungjawab dalam setiap tindakan dan aktiviti yang dilakukan.

Etika dalam penggunaan teknologi  

1. Menghasilkan teknologi yang tidak merosakkan akhlak muslim.
2. Tidak menghasilkan teknologi yang bertentangan dengan hukum Allah seperti membina patung-patung.
3. Tidak menghasilkan teknologi yang melalaikan.
4. Menggunakan teknologi yang tidak mengabaikan aspek kemanusiaan. Contohnya, penciptaan senjata moden untuk memerangi manusia serta merosakkan alam.

Kesan pengabaian etika dalam sains dan teknologi

1. Berlakunya eksploitasi alam tanpa kawalan.
2. Mengakibatkan kerosakan kepada alam dan manusia.
3. Hilangnya nilai ubudiyyah terhadap Pencipta sekalian alam. 

Firman Allah SWT:

Surat Az-Zariyat Ayat 56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Kesimpulan

Seseorang ahli sains atau teknokrat Muslim haruslah:
 Bermula dengan kepercayaan dan keimanan kepada Allah SWT.
 Berpegang teguh dengan ajaran Islam.
 Bertindak melakukan kajian dan menggunakan teknologi berdasarkan prinsip dan  disiplin ilmu "amal makruf dan nahi mungkar".     
Sekiranya nilai-nilai dan Etika Islam digabungkan dalam penemuan sains dan teknologi dan dilaksanakan, ianya akan membangunkan manusia dan menjadikan insan yang mampu memberikan keamanan dan keselamatan keatas segala hidupan di dunia, manakala di akhirat dijanjikan Allah SWT dengan ganjaran syurga.

PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Prinsip Etika Islam dalam sains Teknologi dan Kejuteraan
Perkataan etika kadangkala digunakan secara sinonim dengan perkataan moral. Moral yang baik dikatakan sebagai kelakuan yang beretika. Etika boleh membawa maksud contoh kelakuan atau garis panduan yang patut diikuti dalam usaha mengharmonikan hubungan kemanusiaan, menimakan penyalahgunaan etika dan bekerja untuk kebajikan masyarakat. Islam tetap member ruang dan tempat kepada kegiatan manusia akal manusia dengan batas-bats yang tertentu menurut keupayaan akal itu sendiri.

Panduan dan penjelasan wahyu amat diperlukan oleh manusia dalam mempersoalkan metafizik ( alam ghaib) di luar jangkauan akal dan pancaindera manusia. Etika merupakan satu bidang falsafah yang membicarakan tentang tingkah laku manusia.
Etika mempunyai pelbagai pengertian dan definisi. Perkataan etika berasal daripada bahasa yunani Kun, iaitu kata ethos yang merujuk tempat tinggal biasa, kebiasaan, adat, akhlak, watak, sikap dan cara berfikir.
Dari segi istilah, etika ialah ilmu yang dasar-dasar akhlak atau moral atau prinsip moral atau nilai-nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Kefahaman terhadap etika menjurus kepada perlakuan dan tindakan seseorang yang mendatangkan kean terus atau rantaian kepada manusia dan makhluk lain.
Etika terbahagi kepada dua, iait etika deskriptif dan etika normatif. Etika deskriptif ialah suat disiplin yang membicarakan sejarah system moral. Etika ini menyatakan tentang system moral yang dianuti oleh seseorang atau golongan tertentu. Etika deskriptif berperanan dalam memberi kesedaran bahawa terdapat pelbagai system moral yang relative di dunia ini seperti moral orang islam , kristian, Buddha hindu dan yahudi.
Akhlak berasal daripada perkataan bahsa Arab, iaitu khuluq yang membawa maksud tingkah laku dan menjadi amalan hidup seseorang individu. Dari sudut bahsa, kamus al-MUnjid dan Modern Disctionary English-Arabic member pengertian yang sama, iaitu khuluq termasuk sebagai sifat semua jadi,tabiat, maruah, dan agama atau ringkasnya gambaran batin seseorang individu.

Etika dan Tauhid
Segala perkara yang dilakukan oleh seorang individu Muslim aka dihubungkaitkan dengan objektif kehidupan dunia dan objektif kehidupan di akhirat nanti. Apabila menyedari bahawa manusia sentiasa diawasi oleh Allah SWT, seseorang individu itu akan dapat merasai betapa pentingnya melakukan sesuatu pada tahap yang terbaik dalam mencapai reda Allah SWT.
Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan Panduan Etika Kerja Dalam Islam  (1987) yang diedarkan kepada semua penjawat awam dan swasta untuk mewujudkan pentadbiran dan pengurusan yang lebih berkesan, efisyen dan cekap dalam perkhidmatan. Etika kerja Islam yang telah dipersetujui adalah seperti dibawah.
Yang pertama, bekerja dengan azam untuk mengabdikan diri kepada Allah SWt. Dengan menyedari bahawa manusia adalah hamba dan khalifah Allah Swt, manusia sewajarnya mengabdikan diri kepada Allah dengan mematuhi segala perintah dan larangan-Nya.
Yang kedua, Bekerja dengan ikhlas dan amanah bermaksud seseorang itu hendaklah bekerja dengan penuh kerelaan untuk mendapat keredaan Allah swt.

Yang ketiga, Bekerja yang dilaksanakan dengan cara berkumpulan dan berpasukan akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih cemerlang. Gotong-royong dan berpadu fikiran akan mewujudkan suasana pekerjaan yang lebih ceria, bersatu dan lebih gembira. 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, prinsip syariah saling berhubung kait dalam diri manusia sebagai khalifah Allah. Oleh itu, prinsip ini juga dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan dapat memudahkan pengurusan dalam menjalankan sesuatu yang bermanfaat.