PERANAN
SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Pengertian Syariah
·
Pengertian syariah
dari sudut bahasa berasal dari perkataan syarak yang memberi maksud ke arah
sumber air / ke jalan yang lurus.
·
Syariah dibandingkan
dengan sumber air kerana air merupakan sumber yang penting yang diperlukan oleh
setiap manusia untuk terus hidup. Begitulah juga, dengan syariah Islam yang
diperlukan oleh setiap manusia untuk menjadi panduan dan nadi dalam hidup
manusia.
·
Pengertian syariah
Islam dari segi istilah ialah bermaksud hukum yang telah ditetapkan oleh Allah
swt melalui rasulNya untuk hambanya supaya mereka mentaati segala hukum dan
peraturan yang telah ditetapkan olehNya.
Antara peranan syariah untuk menjaga
enam perkara asas yang menjadi tunjang bagi kesejahteraan & keamanan
seluruh umat manusia:
1. Membawa manusia
kepada mentauhidkan Allah swt (Memelihara agama)
-Peranan
utama syariah Islam adalah untuk memelihara nilai agama serta perlaksaannya.
Sebarang elemen yang boleh mengugat kesucian agama akan dicegah sebelum
berlaku. Andai kata sudah berlaku maka, hukuman yang sewajarnya bagi tujuan
siksaan dan didikan akan dilaksanakan. Pensyariatan hukuman dan perundangan
dalam syariat Islam akan mengambil kira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian
agama. Syariat Islam menetapkan sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains
teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan kebaikan kepada memelihara
agama . Pembinaan bangunan yang dilengkapi dengan kecanggihan peralatannya
menjadikan manusia insaf tentang keangungan Allah swt dan digunakan untuk
kebaikan manusia sejagat. Untuk menyelamatkan agama, maka hukum keluar dari
Islam adalah termasuk jenayah hudud.
2. Membentuk Muslim
sejati dalam kehidupan (Memelihara maruah)
-Syariat Islam
menentapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam
kehidupan manusia. Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan
kejuruteraan hendaklah mengambil kira kepentingan maruah umat. Tindakan yang
membelakangkan maruah boleh mengundang perosakkan dan pemusnahan yang besar
atas nama pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lesen
untuk merobek maruah manusia aytau maruah agama. Kerosakkan dan kefasadan yang
melanda ala mini adalah antaranya punca daripada kealpaan para saintis,
teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia. Lantaran itu, hukum-hakam
dalam syariat Islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan
dan menghancurkan maruah seseorang.
3. Membawa manusia
kepada memelihara nyawa
-Nyawa
merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk
dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah. Nyawa tidak diambil kecuali
atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh, hokum bunuh boleh
dikenakan ke atas pembunuh dibawah kes qisas (al-an’am 151). Syariat Islam
mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang
sama, mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia.
Pensyariatan hokum dalam Islam mengambil kira keselamatan nyawa manusia dengan
mengkanunkan hokum-hukum pencegahan. Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh
merosakkan dan membunuh yawa manusia. Contohnya, Segala bahan kimia yang boleh
membunuh dan merosakkan diri manusia. Seterusnya, Islam menggalakkan manusia
mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa
manusia. Contohnya, dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat nayawa
manusia akan sihat. Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah
akan menyihatkan nyawa manusia.
4. Memelihara akal
dengan membawa manusia kepada kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat
-Akal merupakan
anugerah utama bagi komponen tubuh badan manusia. Kemampuannya tiada tolak
tandingannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara maksima menyamai kemampuan
ribuan computer riba yang diletakkan memenuhi padang bola sepak. Akal yang
sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan, minuman dan riadah
manusia. Islam melarang segala perubatan yang boleh menyebabkan berlakunya
kerosakkan pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan, pil-pil yang
mengkhayalkan dan bahan bacaan yang merosakkan ketajaman minda. Akal yang
cerdas berada pada tubuh yang cergas menuntut penjagaan pada tubuh badan bagi
memelihara kecerdasan minda. Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam
keaslian, kemampuan dan keselamatan akal adalah haram di sisi syariat Islam.
5. Melahirkan
masyarakat yang harmoni dan seimbang (Memelihara keturunan)
-Syariat Islam
dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang boleh
merosakkan keturunan sama ada secara langsung atau tidak seperti:
a)
Liwat
b)
Istimna’-Onani
c)
Musahaqah- Lesbian
d)
Mendedahkan aurat
e)
Berdua-duaan lelaki
dan wanita
f)
Zina/ tuduhan
melakukan zina
g)
Bercakap/menunjukkan
aksi lucah
h)
Pergaulan bebas
antara lelaki dan wanita
i)
Bersentuhan atau bersalaman
antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
j)
Melihat atau
menontot atau menayangkan atau melakonkan atau mengarahkan benda yang haram
seperti aurat wanita.
Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes-kes
hudud atau ta’zir . Justeru itu, Islam mensyariatkan pernikahan atau
perkahwinan bagi memelihara keturunan manusia. Justeru itu, Islam mensyariatkan
pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara keturunan manusia.
6. Menegakkan dan
menjadikan panduan dalam pembangunan teknologi (Memelihara Harta)
-Syariat Islam
dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta
seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir, dan
menspekulasi pasaran modal. Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat bagi
setiap muslim yang telah mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul mempunyai hak
untuk terus mendapat keberkatannya. Pencarian harta hendaklah melalui proses
yang jelas halalnya. Matlamat mnjadi kaya bukan menjadi sebab untuk
menghalalkan segala tindakan ke arah itu. Hukuman Islam hudud seperti potong
tangan bagi yang mencuri dan ta’zir menunjukkan syariat Islam memandang serius
jenayah ini. Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa
kematian dianggap mati syahid akhirat.
No comments:
Post a Comment