Sunday, 4 February 2018

PEGERTIAN : Prinsip Etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Prinsip Etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan


Pengertian etika dan akhlak

1. Etika
    Ilmu yang berkenaan dengan dasar-dasar akhlak atau moral, prinsip moral, atau nilai-nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pengangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain)

2. Akhlak
    Akhlak merupakan ilmu yang mngatur tatacara hubungan manusia sesama manusia, hubungan manusia dengan pencipta dan juga hubungan manusia dengan alam dengan hubungan yang baik. Akhlak dalam Islam mempunyai hubungan langsung dengan akidah dan syariah. Rasulullah s.a.w diutuskan untuk membentuk akhlak terpuji dikalangan manusia.



Hubungan antara akhlak dan etika

Etika dan akhlak adalah dua perkara yang sama kerana kedua-duannya membincangkan perkara yang sama iaitu tatacara perilaku seseorang membina hubungan sesama insan dan juga makhluk lain. Walau bagaimana pun terdapat perbezaan antara kedua-duanya iaitu pada sumber dan nilai yang menjadi dasar utama, akhlak dasarnya berteraskan ajaran Al -Quran dan Sunnah manakala etika berteraskan pemikiran yang diwarisi daripada Yunani serta pemikiran atau fahaman yang tertentu. Akhlak berhubungkait dengan balasan pahala dan dosa disisi Allah SWT.

Surah An-nisa,ayat 59

يَا أَيُّهَا الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا


Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.


Surat Al-Hadid Ayat 25

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ ۖ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ ۚ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. 



Prinsip-prinsip asas etika dalam islam 

Akidah dan keimanan
Akidah dan keimanan merupakan asas hubungan manusia dengan pencipta.
Nilai keimanan menjadi asas dalam etika Islam.
Matlamat dalam setiap sesuatu di atas dasar Ubudiah kepada Allah SWT.
Syariah
Syariah merupakan sistem dan tatacara yang ditetapkan oleh syara'.
Syariah merupakan asas untuk melengkapkan diri sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi. 
Akhlak 
Asas yang menentukan baik buruk sesuatu atau tingkah laku.
Pengukur kesan tindakan ke atas manusia dan alam. 
Ilmu
Ilmu adalah neraca pertimbangan untuk mengetahui sesuatu itu halal atau haram.
Berdasarkan ilmu dapat menaikkan martabat saintis dan tenokrat. 


Kepentingan etika islam dalam sains dan teknologi.

Nilai syariah dalam sains dan teknologi.
1. Hubungan erat amalan beretika dan Islam
Islam merupakan agama yang syumul, lantas aspek kehidupan manusia tidak    dijuzuk-      juzukkan atau dipisahkan-pisahkan. Hukum-hukum syariah bukan sahaja mempunyai nilai
dari segi perundangan, tetapi juga bermatlamatkan pembentukan akhlak dan sahsiah.  
Sebagai contoh, pengharaman arak atau melakukan zina matlamatnya memelihara kesejahteraan dan mencegah kemusnahan di peringkat individu, keluarga dan juga masyarakat secara umumnya.  

2. Pertimbangan nilai syariah dalam membuat segala keputusan dalam penemuan sains dan teknologi 
Wajib : Setiap perintah yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu muslim, ianya akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT begitu juga sebaliknya. Contohnya ibadat solat lima waktu.
Sunat : Sesuatu yang baik dan dianjurkan oleh Islam dan mendapat pahala bagi yang melakukannya. Contohnya, Penciptaan peralatan moden dalam sains dan teknologi dalam memberi kemudahan kepada manusia.
Harus : Amalan yang setara nilainya, tidak berdosa ditinggalkan dan tidak pula diberi pahala apabila dilakukannya.
Makruh : Sesuatu yang kurang baik dilakukan, meninggalkannya akan diberi pahala dan tidak berdosa melakukannya. Contohnya, Memakan makanan yang berbau.
Haram : Sesuatu yang dilarang secara qat,i di dalam Al-quran dan As-Sunnah, melakukannya adalah dosa dan akan mendapat hukuman jika seseorang individu tersebut bertaubat kepada Allah SWT. 





Etika saintis dan tenokrat muslim
  
1. Keimanan kepada Allah SWT
Iman adalah teras kepada semua jenis amalan dalam Islam. Seorang ahli sains perlu    mempunyai keimanan serta keyakinan yang kukuh kepada Allah dan sentiasa memohon bantuan daripadaNya.

2. Kepatuhan kepada syariah dan etika kerja Islam
Kepatuhan kepada peraturan Allah dijadiakan asas penting kepada etika kerjanya sekalipun berlawanan dengan tuntutan keinginan manusia kerana sains tidak boleh bersifat neutral dan bebas.

3. Mementingkan aspek kemanusiaan dan ihsan 
Para saintis adalah khalifah Allah di bumi. Mereka bertanggungjawab untuk membawa kemakmuran dan menjaga keharmonian.



Kesimpulan ringkas ciri-ciri saintis dan teknokrat muslim seperti berikut: 

1. Bersifat luhur serta tunduk dan patuh kepada Allah SWT.
2. Yakin bahawa tiada sesuatu yang berlaku melainkan dengan izin Allah SWT.
3. Niat yang ikhlas iaitu melakukan sesuatu semata pengabdian kepada Allah.
4. Ihsan dalam melakukan sesuatu tindakan.
5. Melakukan setiap pekerjaan dengan penuh tekun dan bersungguh.
6. Tidak melakukan kerosakan dalam membangunkan teknologi. 
7. Bertanggungjawab dalam setiap tindakan dan aktiviti yang dilakukan.






Etika dalam penggunaan teknologi  

1. Menghasilkan teknologi yang tidak merosakkan akhlak muslim.
2. Tidak menghasilkan teknologi yang bertentangan dengan hukum Allah seperti membina patung-patung.
3. Tidak menghasilkan teknologi yang melalaikan.
4. Menggunakan teknologi yang tidak mengabaikan aspek kemanusiaan. Contohnya, penciptaan senjata moden untuk memerangi manusia serta merosakkan alam.



Kesan pengabaian etika dalam sains dan teknologi

1. Berlakunya eksploitasi alam tanpa kawalan.
2. Mengakibatkan kerosakan kepada alam dan manusia.
3. Hilangnya nilai ubudiyyah terhadap Pencipta sekalian alam. 






Firman Allah SWT:

Surat Az-Zariyat Ayat 56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.



Kesimpulan

Seseorang ahli sains atau teknokrat Muslim haruslah:
 Bermula dengan kepercayaan dan keimanan kepada Allah SWT.
 Berpegang teguh dengan ajaran Islam.
 Bertindak melakukan kajian dan menggunakan teknologi berdasarkan prinsip dan  disiplin ilmu "amal makruf dan nahi mungkar".     
Sekiranya nilai-nilai dan Etika Islam digabungkan dalam penemuan sains dan teknologi dan dilaksanakan, ianya akan membangunkan manusia dan menjadikan insan yang mampu memberikan keamanan dan keselamatan keatas segala hidupan di dunia, manakala di akhirat dijanjikan Allah SWT dengan ganjaran syurga.


No comments:

Post a Comment