Sunday, 4 February 2018

PELAKSANAAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN

Pelaksanaan Syariah Islamiah dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Penerapan syariah islam membawa manusia untuk lebih mengenali Allah SWT. Jika berlaku pencampuran antara halal dan haram sesuatu perkara itu, maka hukumnya adalah haram. Pencampuran sesuatu yang halal dengan yang haram dalam pelaksanaan sesuatu produk atau apa apa juga bentuk penghasilan tidak boleh berlaku kerana segala kaedah yang digunakan hendaklah bersandarkan kepada syariat islam walaupun untuk tujuan kemajuan dan pembangunan.

1  Mengutamakan yang utama
Islam menjadikan awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara supaya sempurna dan baik. Dalam hal ini , maksud yang ingin disampaikan mengenai mengutamakan perkara yang utama ialah seseorang perlulah menjadikan sesuatu keutamaan itu sebagai perkara yang perlu didahulukan berbanding dengan keperluan. Oleh hal demikian , dapat dijelaskan tugas seorang doktor adalah mengelakan susuatu kemudaratan demi mencari kemaslahatan adelah sangat diutamakan. Hal ini kerana, dengan mendahulukan sesuatu perkara yang wajid seperti solat adelah lebih utama daripada perkara yang tidak atau kurang penting yang sedang dilaksanakan pada ketika itu. Islam mengajar umatnya agar mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daripada mendahulukan kepentingan individu itu sendiri. Kepentingan ramai adalah wajar didahulukan pada masa kini berbanding dengan kepentingan individu.
Sebarang kegiatan dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan perlulah memberikan keutamaan kepasa memelihara peranan syariah dalam sains dan teknologi. Para sainstis, teknokrat dan jurutera seharusnya meletakkan keutamaan untuk memakmurkan alam daripada mencari keuntungan dan harta. Sains, teknologi dan kejuruteraan hanyalah sebagai alat untuk mencari keredaan Allah SWT, iaitu satu bentuk ibadah dan pengabdian yang mempunyai fungsi dari aspek rohani dan sosialnya justeru, sainstis terdidik dengan roh islam akan menjadi kajian kajian saintifiknya sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepada pencipta. Jika hasil penemuaan atau kajiannya tidak menjurus ke arah pengabdian diri kepada Allah SWT serta tidak memihak kepada kebenaran, maka para sainstis hanya lah sebagai ejen perosak masyarakat, agama, Negara dan alam.
2  Matlamat tidak menghalalkan cara
Islam mengakui tentang keperluan untuk membuat kajian terhadap alam dan setiap kejadian dan penciptaan oleh Allah SWT. Manusia dibenarkan untuk meneroka daratan, lautan dan ruang udara bagi tujuan pengimarahan alam. Segala ciptaan dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi dankejuruteraan ialah bukti kehebatan akal manusia demi keperluan dan kemaslahatan hidup manusia. Namun begitu, Syariat menegaskan bahawa setiap operasi untuk menghasilkan ciptaan dan rekaan hendaklah menghormati peraturan dan etika islam. 
Dalam pengklonan manusia secara parthenogenesis, kaedah-kaedah tersebut adalah haram menurut hukum fiqah kerana bercanggah dengan fitrah yang Allah SWT ciptakan. Penggunaan sel stem bagi tujuan perubatan dan kajian yang diambil bukan daripada pengklonan adalah harus selagi tiak bercanggah dengan hukum syarak.
3  Melaksanakan kajian menepati syariat
Pelaksanaan syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan mengutamakan nilai keagamaan yang lebih fokus kepada etika dan adab dalam usaha membangunkan alam. Peraturan dan hukum yang melibatkan halal, haram, sunat, harus dan makruh serta syubahat hendaklah menjadi asas rujukan dalam pelaksaan setiap proses kerja dan aktiviti dalam mencapai sesebuah kemajuan dan pembangunan Negara.
Sebarang ciptaan, penemuan, kajian dan penyelidikan sewajarnya mengambil kira tentang kepentingan prinsip dan etika syariat islam. Sesuatu proses kerja ataupun aktiviti yang hendak dibangunkan perlu melihat kepentingan prinsip syariat islam. Setiap hukum perlu diseimbangkan untuk menjalankan aktiviti atau kajian serta penyelidikan supaya tidak melanggar batas dan etika islam.
4  Mencegah lebih baik daripada mengubati
Syariat islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam pelaksanaan sesuatu pekerjaan. Prinsip pencegahan yang diminta oleh syariat islam adalah untuk menolak dan mengelak berlakunya kerosakan. Islam mengharamkan perbuatan mendekati zina. Larangan perbuatan yang boleh membawa zina inilah yang dianggap sebagai langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada berlakunya perbuatan zina yang seterusnya menjadi punca lahirnya anak luar nikah.
Penggunaan aplikasi dalam teknologi maklumat telah berleluasa dan berkembang pesat. Pengurusan maklumat perniagaan contohnya, maklumat ialah segala-galanya sehingga timbul teori Competitive Intelligence. Menekankan kepentingan maklumat untuk tujuan persaingan meskipun secara tidak halal. Perkara ini perlulah dicegah dari awal agar persaingan yang tidak halal dalam perniagaan ini tidak wujud.
Islam meletakkan keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT sebagai matlamat dan dasar dalam setiap aktiviti termasuklah mengenai pengurusan maklumat. Pelbagai bentuk maklumat atau berita yang berunsur fitnah dan tidak benar terdapat dalam maklumat dan secara tidak langsung akan mempengaruhi orang yang membacanya. Prinsip mencegah sewajarnya menjadi elemen utama para saintis teknokrat dan jurutera melaksanakan tugas mereka.

5  Akidah diutamakan, syariat didahulukan
Akidah merupakan tunjang bagi terbentuknya insan terbaik di sisi Allah SWT. Syariah ialah peraturan Allah SWT untuk dijadikan panduan hidup bagi mengundang rahmat dan berkat. Integrasi Pelaksaan akidah dan syariat akan melahirkan keadaan yang harmoni bagi pembnagunan modal insan dan pembangunan Negara. Pelaksanaan aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan haruslah mendahulukan keperluan akidah sebagai teras pengurusan dan segala bentuk penyelidikan. 

No comments:

Post a Comment