Prinsip
Etika Islam dalam sains Teknologi dan Kejuteraan
Perkataan etika kadangkala digunakan secara
sinonim dengan perkataan moral. Moral yang baik dikatakan sebagai kelakuan yang
beretika. Etika boleh membawa maksud contoh kelakuan atau garis panduan yang
patut diikuti dalam usaha mengharmonikan hubungan kemanusiaan, menimakan
penyalahgunaan etika dan bekerja untuk kebajikan masyarakat. Islam tetap member
ruang dan tempat kepada kegiatan manusia akal manusia dengan batas-bats yang
tertentu menurut keupayaan akal itu sendiri.
Panduan dan penjelasan wahyu amat diperlukan oleh
manusia dalam mempersoalkan metafizik ( alam ghaib) di luar jangkauan akal dan
pancaindera manusia. Etika merupakan satu bidang falsafah yang membicarakan tentang
tingkah laku manusia.
Etika mempunyai pelbagai pengertian dan definisi.
Perkataan etika berasal daripada bahasa yunani Kun, iaitu kata ethos yang
merujuk tempat tinggal biasa, kebiasaan, adat, akhlak, watak, sikap dan cara
berfikir.
Dari segi istilah, etika ialah ilmu yang
dasar-dasar akhlak atau moral atau prinsip moral atau nilai-nilai akhlak atau
tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan.
Kefahaman terhadap etika menjurus kepada perlakuan dan tindakan seseorang yang
mendatangkan kean terus atau rantaian kepada manusia dan makhluk lain.
Etika terbahagi kepada dua, iait etika deskriptif
dan etika normatif. Etika deskriptif ialah suat disiplin yang membicarakan
sejarah system moral. Etika ini menyatakan tentang system moral yang dianuti oleh
seseorang atau golongan tertentu. Etika deskriptif berperanan dalam memberi
kesedaran bahawa terdapat pelbagai system moral yang relative di dunia ini
seperti moral orang islam , kristian, Buddha hindu dan yahudi.
Akhlak berasal daripada perkataan bahsa Arab,
iaitu khuluq yang membawa maksud tingkah laku dan menjadi amalan hidup
seseorang individu. Dari sudut bahsa, kamus al-MUnjid dan Modern Disctionary
English-Arabic member pengertian yang sama, iaitu khuluq termasuk sebagai sifat
semua jadi,tabiat, maruah, dan agama atau ringkasnya gambaran batin seseorang
individu.
Etika
dan Tauhid
Segala perkara yang dilakukan oleh seorang
individu Muslim aka dihubungkaitkan dengan objektif kehidupan dunia dan
objektif kehidupan di akhirat nanti. Apabila menyedari bahawa manusia sentiasa
diawasi oleh Allah SWT, seseorang individu itu akan dapat merasai betapa
pentingnya melakukan sesuatu pada tahap yang terbaik dalam mencapai reda Allah
SWT.
Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan Panduan
Etika Kerja Dalam Islam (1987) yang
diedarkan kepada semua penjawat awam dan swasta untuk mewujudkan pentadbiran
dan pengurusan yang lebih berkesan, efisyen dan cekap dalam perkhidmatan. Etika
kerja Islam yang telah dipersetujui adalah seperti dibawah.
Yang pertama, bekerja dengan azam untuk
mengabdikan diri kepada Allah SWt. Dengan menyedari bahawa manusia adalah hamba
dan khalifah Allah Swt, manusia sewajarnya mengabdikan diri kepada Allah dengan
mematuhi segala perintah dan larangan-Nya.
Yang kedua, Bekerja dengan ikhlas dan amanah
bermaksud seseorang itu hendaklah bekerja dengan penuh kerelaan untuk mendapat
keredaan Allah swt.
Yang ketiga, Bekerja yang dilaksanakan dengan
cara berkumpulan dan berpasukan akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih
cemerlang. Gotong-royong dan berpadu fikiran akan mewujudkan suasana pekerjaan
yang lebih ceria, bersatu dan lebih gembira.
No comments:
Post a Comment