Sunday, 4 February 2018

PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

BAHASA SYARAK: Jalan ke arah sumber air atau memberi makna jalan yang lurus.
ISTILAH: Merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah saw.
Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia.
  Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia.
  Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

Rabbaniah (Ketuhanan)

Prinsip ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT.
Alam yang terbentang luas ini mengandungi segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT.
Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah SWT. Kita sebagai khalifah yang tertakluk kepada peraturan alam milik-Nya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagungan-Nya.
Inilah keyakinan yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Mempertikaikan sistem Islam bermakna kita meragui sistem yang datang daripada Allah.
Demikian juga dengan sistem ekonomi Islam. Ia lahir melalui wahyu Allah iaitu Al-Quran dan sunnah Nabi saw. Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Kaya dengan segala kekuasaan, maka sebarang sistem yang datang daripada-Nya juga adalah yang terbaik.
Antara prinsip-prinsip ekonomi Islam ialah rabbaniah. Ia bermaksud bahawa ekonomi Islam berkait rapat dengan ketuhanan atau ilahiah bukan hanya berlandaskan kepentingan material.
Segala kandungannya meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia.
Ini dapat dilihat dalam Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Tidaklah mereka memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan menguncapkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya di udara selain Yang Maha Pengasih. Sesungguhnya Dia Yang Maha Melihat segala sesuatu. “
                                                                                                                             (Surah Al-Mulk 67:19)





Wasatiah (Keserdehanaan)

Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan.
Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardhu hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit.
Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara. Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan.
Kesederhanaan yang diamalkan di dalam Islam adalah  bermatlamat untuk mencari kebenaran atau Al-Haq. Dalam  menuju ke arah kebenaran pastinya akal semata-mata tidak  mampu untuk memimpin manusia mencapai kebenaran yang  mutlak. Roh kesederhanaan dalam Islam ditiup oleh Al-Quran  yang merupakan wahyu Ilahi untuk mengimbangi di antara  kehendak manusia dan agama.
Sederhana bermaksud tidak keterlaluan dan berlebihan dari segala aspek, khususnya yang melibatkan perbelanjaan dan gaya hidup. Sebagai contoh, sederhana dalam berpakaian mestilah sesuai dengan keperluan kerja atau bersantai dengan matlamat untuk menutup dan menjaga aurat.
Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam agama, membantah ajaran-ajaran penyeksaan diri demi agama. Ini dibuktikan dengan kebenaran memakan makanan yang lazat-lazat dan memakai perhiasan, asal tidak berlebih-lebihan dan tidak bersikap sombong.



Tawazun (Keseimbangan)


Tawazun bermaksud ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada semua aspek kehidupan manusia, iaitu individu dan masyarakat, rohani dan jasmani, kebendaan dan kerohanian serta dunia dan akhirat. Islam tidak membenarkan umatnya mementingkan diri sehingga mengabaikan kepentingan masyarakat dan begitu juga sebaliknya. Islam juga tidak menggalakan umatnya mementingkan aspek kerohanian semata-mata sehingga mengabaikan aspek jasmani atau kebendaan dan begitu juga sebaliknya.
Contohnya:
Seseorang tidak dibenarkan beribadat sepanjang masa sehingga mengabaikan kesihatan tubuh badan atau keperluan untuk mencari rezeki yang halal.
Begitu juga sebaliknya, umat Islam tidak dibenarkan mencari rezeki sehingga mengabaikan kepentingan beribadat kepada Allah SWT.
Keseimbangan dalam syariat bermaksud keperluan manusia di dunia dan di akhirat seimbang dari segala aspek kehidupan.
Contohnya:
Manusia diminta untuk mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga.
Keseimbangan yang dimaksudkan dalam sains, teknologi dan kejuruteraan menurut islam ialah setiap kemajuan sainstis, teknokrat dan jurutera perlulah seimbang dalam usaha menyediakan keperluan manusia dan masyarakat.


Mizan (Kesetaraan)


Merupakan kaedah manusia diukur dari perbuatan baik dan mungkarnya.
Dalam sebuah sistem kejuruteraan , prinsip mizan membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu itu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem keseimbangan yang diperlukan untuk mengekalkan di dalam kedudukan tersebut.
Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan perlu ditimbang agar hukum-hakam tidak menjadi korban atas nama penyelidikan dan pembangunan. Setiap perkara yang dilakukan hendaklah mengambil kira item-item yang digunakan itu benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.
Dari segi sumbangan cerdik pandai slam kepada perkembangan teknologi dan kejuruteraan, sejarah telah membuktikan sumbangan yang besar telah mereka curahkan dan kesannya masih lagi dirasai hingga ke hari ini.
Contoh:
Mesin mengangkut air yang pertama digunakan di Mesir dan Syiria dan dipanggil Shaduf. Alat ini mudah dan murah dan masih digunakan hingga ke hari ini di Mesir.

Thabat dan Murunah (Tetap dan Anjal)


Al-thabat bermaksud ‘tetap, mantap, tegak dan tidak berganjak’, manakala al murunah pula bermaksud ‘lembut, boleh dilentur menerima perubahan, dan boleh disesuaikan’. Islam ialah agama yang tegas tetapi lembut pada waktu yang sama. Tegas dan tegap di dalam prinsip asal dan hukum-hakam qat’ie, tetapi lembut di dalam hukum-hakam far’ie (cabang). Misalnya, sifat tegas tentang urusan -urusan akidah atau ibadat, kepercayaan kepada Allah SWT yang Maha Esa, Maha Berkuasa, dan Maha Bijaksana.
Namun, dalam ketegasan tersebut wujud juga unsur-unsur murunah. Misalnya, orang bisu boleh mengucap syahadah dengan menggunakan isyarat sahaja, boleh duduk ketika bersolat jika uzur, sembahyang boleh diqasarkan atau dijamakkan jika dalam musafir, boleh meninggalkan atau menangguhkan puasa jika dalam musafir atau sakit dan lain-lain
Al-Thabat dan al-Murunah menggambarkan kesesuaian Islam dengan tabiat manusia sejak Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad SAW. Tujuan manusia dicipta atau keperluan tidak berubah.

No comments:

Post a Comment